Galeri Video November

SEMINAR PENGURUSAN NILAI PERKHIDMATAN AWAM 2019.

SEMINAR PENGURUSAN NILAI PERKHIDMATAN AWAM 2019. Keutuhan Nilai, Tunjang Integriti Perkhidmatan Awam. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Hajjah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri (Agama) di Jabatan Perdana Menteri.

Forum Pengurusan Nilai Perkhidmatan Awam

Forum Pengurusan Nilai Perkhidmatan Awam: Bersih, Cekap, Amanah bersama moderator YBrs.Tuan Syed Munawar Syed Mohd. Mustar dengan barisan panel: i. YBhg. Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed, Ketua Pengarah, Pusat Governans Integiriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) ii. YBhg. Tan Sri Md Nor Yusof, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) iii. YBhg. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

 Bila memandang ke muka laut,
 Nampak sampan mudik ke hulu,
 Hati terkenang mulut menyebut,
 Budi yang baik ingat selalu.

 Pohon mempelam lebat berbuah,
 Gugur sebiji di tepi tangga,
 Kita bertemu akhirnya berpisah,
 Diizin Allah berjumpa jua.

Menghargai sumbangan 63 pesara dan bakal pesara warga JPA di Majlis Jasamu Dikenang JPA 2019. Setinggi penghargaan atas segala usaha dan bakti yang dicurahkan kepada negara. Selamat bersara dan jasamu dikenang. Kami di JPA sentiasa mendoakan kesejahteraan pesara di alam persaraan. . YBhg.Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam turut bersama di majlis menyampaikan ucapan dan sijil penghargaan. #penerajupembaharuan #penggerakperubahan #leadingreformdrivingchange Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN) Jabatan Perdana Menteri Institut Tadbiran Awam Negara

YBhg. Datuk Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam turun padang melawat Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru serta mendengar taklimat mengenai skop tugasan , pengisian perjawatan serta cabaran kesesakan yang dihadapi di Bangunan Sultan Iskandar (BSI). Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Jabatan Imigresen Malaysia, YBhg. Dato’ Makhzan bin Mahyuddin dan Pengarah Imigresen Johor, YBrs. Tuan Baharuddin Tahir. 
 
#penerajupembaharuan
#penggerakperubahan
#leadingreformdrivingchange

Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya Jabatan Imigresen Malaysia