Video : Luangkan masa sekurang kurangnya 5 minit setiap hari untuk membuka HRMIS
Montaj Bulan HRMIS
Trivia Promo Sambutan Bulan HRMIS, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menganjurkan Sambutan Bulan HRMIS pada Julai 2019 yang bertemakan #DataKitaTanggungjawabKita.
Tujuan program diadakan adalah untuk:-
i. Mempromosikan HRMIS bagi meningkatkan kesedaran berkenaan aplikasi HRMIS kepada semua penjawat awam.
ii.Menyediakan platform kepada peserta untuk perkongsian maklumat dan permasalahan yang dihadapi dalam pelaksanaan HRMIS.
iii. Menguar-uarkan kepentingan ketepatan data dalam HRMIS kepada semua peringkat sama ada di peringkat organisasi dan penjawat awam sendiri.
iv. Memperluaskan penggunaan modul-modul HRMIS di agensi-agensi Kerajaan serta Business Intelligence (BI) yang diguna pakai bagi menganalisa data HRMIS.
Ke Atas